Thursday, December 12, 2024
Home Ekonomi Harga siling beras dikaji bantu pesawah

Harga siling beras dikaji bantu pesawah

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji harga siling beras untuk ditambah baik bagi membantu golongan pesawah yang terjejas.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr.  Ronald Kiandee berkata, ini kerana beberapa pertimbangan akan diambil kira  memandangkan had siling harga beras ketika ini ditetapkan pada RM1,200 bagi setiap tan metrik.

“Industri sawah dan padi beras diberikan subsidi tinggi oleh kerajaan, iaitu kira-kira RM1.5 bilion setiap tahun. Dasar kerajaan ketika ini ialah harga siling beras ditetapkan tidak melebihi beras biasa.

“Kita tahu ramai golongan pesawah berada bawah golongan B40 dan kerajaan sedang melihat perkara ini.

“Namun, tentulah pertimbangan perlu diambil dan dibuat berdasarkan pendapatan pesawah serta kos pembelian beras yang terpaksa ditanggung rakyat keseluruhannya,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim-Bandar Baharu) meminta kerajaan menjelaskan sama ada kerajaan bersedia menghapuskan harga siling beras.

Sementara itu, Ronald berkata, perubahan iklim menjadi antara lima cabaran utama kepada sektor agromakanan negara yang perlu didepani dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Beliau berkata, antara cabaran lain termasuk kekurangan sumber asli, produktiviti dan inovasi pertanian, perubahan demografi dan peralihan trend pemakanan serta kehilangan dan pembaziran makanan.
Menurutnya, kesan perubahan iklim semakin ketara dirasai kebelakangan ini dimana sepanjang tempoh lima tahun iaitu 2017 sehingga 2021, seluas 40,828 hektar tanaman padi musnah akibat banjir di Semenanjung Malaysia, manakala 9,336 hektar pula mengalami kerosakan akibat kemarau.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast