Friday, September 18, 2026
Home Tag Maut

Tag: maut

Marburg, virus paling ditakuti ditemui di Ghana

ACCRA - Ghana telah mengesahkan dua kes pertama virus Marburg yang membawa maut, penyakit berjangkit dalam keluarga sama dengan virus yang menyebabkan Ebola. Kedua-dua pesakit meninggal dunia baru-baru ini di hospital di wilayah Ashanti selatan. Sampel mereka kembali positif awal bulan ini dan kini telah disahkan oleh makmal di Senegal. Pegawai kesihatan di negara Afrika Barat itu berkata, 98 ​​orang kini dikuarantin kerana disyaki kontak rapat. Setakat ini tiada rawatan untuk virus Marburg - tetapi doktor meminta pesakit minum banyak air dan merawat gejala tertentu dalam meningkatkan peluang pesakit untuk terus hidup. Virus ini dijangkiti daripada dari kelawar buah dan merebak antara manusia melalui cecair badan. Ia adalah penyakit yang teruk, selalunya membawa maut dengan gejala termasuk sakit kepala, demam, sakit otot, muntah darah dan pendarahan. Sehubungan itu, orang ramai diminta menjauhi gua dan memasak semua produk daging dengan teliti sebelum memakannya. Di Afrika, wabak sebelumnya dan kes sporadis telah dilaporkan di Angola, Republik Demokratik Congo, Kenya, Afrika Selatan dan Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Wabak Marburg yang pertama berlaku di Jerman pada tahun 1967, menyebabkan tujuh orang meninggal dunia. Virus itu membunuh lebih daripada 200 orang di Angola pada tahun 2005, wabak paling maut dalam rekod, menurut WHO. - BBC

14 tentera laut terkorban ketika tangkap ‘raja’ dadah Caro Quintero

Tentera Laut menyifatkan insiden ini menyedihkan, namun setakat ini tiada maklumat yang mengaitkan nahas pesawat itu dengan penahanan pengedar dadah itu.

Wanita bunuh suami direman tujuh hari

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Melody Woon Sze Mun di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini.

MGNews : Tertembak Rakan Sendiri Sehingga Maut : Lelaki Mengaku Tidak...

MGNews : Tertembak Rakan Sendiri Sehingga Maut : Lelaki Mengaku Tidak Bersalah 3 Pertuduhan

Penolong Pengarah JPN Kelantan maut dilanggar

Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan maut selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki yang hanya memiliki lesen L, ketika berjalan kaki di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh berhampiran Sekolah Kebangsaan Padang Kala, di sini, pagi semalam.

Suami maut dipukul isteri di Johor

Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipukul isterinya dalam kejadian di kawasan perumahan Flat Nipah, Taman Daya, di sini pagi tadi.

Seorang wanita maut dalam kemalangan babit lori muatan pasir, 21 basikal

Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang kanak-kanak parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan antaranya dua lori muatan pasir dan besi serta 21 basikal, di Jalan Kamunting, di sini, pagi tadi.

Empat sekeluarga maut, kereta berlanggar dengan treler di Saratok

Berdasarkan siasatan awal, kereta dipandu mangsa dari arah Betong menuju ke Sarikei itu dipercayai telah hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah treler.

15 maut ditembak dalam bar

Polis berkata, lelaki bersenjata memasuki kedai minuman Orlando East pada awal pagi Ahad dan mula melepaskan tembakan secara rawak ke arah sekumpulan orang muda.

Lelaki maut rempuh tembok Plaza Tol Penchala

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh tembok di laluan SmartTAG," kata Mohamad Fakhrudin.