Tag: Nai’mah Abdul Khalid
Guling kerajaan: Na’imah, anak dan peguam saman Anwar, KPN dan kerajaan
Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid, dua anaknya dan peguam memfailkan saman pemula terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua yang lain berhubung siasatan terhadap mereka berkaitan dakwaan menggulingkan kerajaan.
Bentuk persepsi untuk menang PRU demokratik, bukan ancaman – Tony Pua
Menurut beliau, percaturan politik untuk mendapatkan sokongan rakyat melalui peti undi adalah mekanisme sah dalam sistem berparlimen dan tidak wajar disamakan dengan tindakan menggugat kestabilan negara.
Permohonan SPRM beku harta keluarga balu tokoh perniagaan didengar 6 Mac
Mahkamah Tinggi, di sini, menetapkan 6 Mac tahun depan bagi mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membekukan 12 akaun pelaburan di sebuah negara yang didakwa milik balu seorang tokoh perniagaan, keluarga dan sekutunya.
Permohonan balu Daim rangka persoalan undang-undang didengar 3 Februari
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 3 Februari tahun depan bagi mendenqar permohonan Toh Puan Na’imah Abdul Khalid untuk merangka lapan persoalan undang-undang sebelum dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
Pendakwa mohon persoalan undang-undang kes balu Daim dirangka hakim berlainan
Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd. Zamry memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, prosiding itu perlu didengar di hadapan hakim berlainan bertujuan mempercepatkan pendengarannya.
Keluarga Tun Daim dibenar cabar tindakan SPRM sita, beku akuan bank
Mahkamah Tinggi di sini membenarkan keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin memulakan semakan kehakiman untuk mencabar pembekuan dan penyitaan akaun bank oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Persoalan undang-undang kes Na’imah dirangka di hadapan hakim lain
Prosiding bagi merangka persoalan undang-undang untuk menentukan kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapi Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, akan diteruskan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi berlainan.
Kes Na’imah: Pendakwa rayu keputusan Mahkamah Tinggi
Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Toh Puan Na’imah Abdul Khalid merangka persoalan undang-undang bagi menentukan kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya.
Permohonan balu Daim jadi pencelah 31 Oktober
Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Oktober ini bagi mendengar permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid untuk mencelah dalam permohonan kerajaan yang mahu menghalangnya berurusan dengan aset luar pesisir bernilai berbilion ringgit.
Balu Daim dibenar kemuka 8 persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi
Balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dibenar mengemukakan lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi bagi menentukan kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya.














