Friday, May 10, 2024
Home Tag Pelaburan

Tag: Pelaburan

Syarikat strategik PNB perlu tingkatkan pendapatan, bayaran dividen

Abdul Wahid berkata, meskipun pertumbuhan pendapatan bagi 2018 dijangka lebih tinggi pada kadar 6.9 peratus, PNB berharap dengan strategi dan pelaksanaan yang sesuai dapat meningkatkan pertumbuhan pendapatan bagi syarikat-syarikat korporat di Malaysia.

RM113.5b pelaburan diluluskan sepanjang Jan-Sept

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata, pelaburan itu membabitkan 3,886 projek dan menjana 91,500 peluang pekerjaan.

Pelaburan antarabangsa aset bersih negara RM21.5b

Jumlah kedudukan aset kewangan mengecil sebanyak 1.1 peratus kepada RM1.698 bilion (S2 2017: RM1,717.2 bilion), manakala jumlah liabiliti meningkat sebanyak RM1.8 bilion untuk mencatat RM1,676.6 bilion (S2 2017: RM1,674.8 bilion).

Kerajaan bimbang rakyat tak celik kewangan

“Bila tidak celik kewangan apabila ada orang datang dan tawarkan pelaburan dengan pulangan 10 hingga 30 peratus sebulan, kita terus buat," kata Johari. “Apabila kena tipu baru hendak membuat laporan kepada kerajaan kemudian salahkan kerajaan dan Bank Negara kerana kononnya tidak membuat pemantauan. “Bagaimana kita hendak pantau? Sedangkan apabila dia membuat pelaburan tersebut, dia tidak pernah merujuk kepada kita (kerajaan dan Bank Negara),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fiesta Labur PNB 2017 di sini hari ini.

Pelaburan KWSP di AS jana pulangan 11.1 peratus – Najib

"Keputusan ini bukan daripada saya atau dari orang politik. Keputusan ini dibuat oleh investment comittee (jawatankuasa pelaburan). Oleh profesional, saya tidak mengarahkan mereka," katanya.

PNB tingkat pematuhan syariah dalam urusan pelaburan

Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar dalam kenyataan hari ini berkata justeru, beliau juga berharap masyarakat Islam akan terus mempertingkatkan pelaburan mereka dalam pelbagai unit-unit saham amanah yang diuruskan PNB.

Pelaburan KWSP di AS tingkat pendapatan

Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan pelaburannya di Amerika Syarikat (AS) antara US$3 bilion (US$1 = RM4.18) dan US$4 bilion bagi projek-projek infrastruktur akan menambah pendapatan kumpulan wang berkenaan secara beransur-ansur, yang dapat menghasilkan dividen yang lebih baik.

Khazanah labur AS$410j di AS

Menurut Khazanah, pelaburannya mewakili 1.3 peratus portfolio Nilai Aset Boleh Direalisasikan sebanyak RM145.3 bilion setakat 31 Disember 2016.

ASNB didik generasi muda celik pelaburan

Kira-kira 200 murid sekolah rendah sekitar Seremban hari ini menyertai Kem Perancangan Kewangan Kanak-kanak anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bagi melahirkan generasi muda celik pelaburan.

Perkeso wujud pelan pelaburan raih pulangan tinggi

Menurutnya, daripada jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM25.8 bilion (setakat 30 Jun, 2017), Perkeso setakat ini melaburkan sehingga 20 peratus dalam ekuiti, 77 peratus dalam pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang manakala 3.0 peratus dalam hartanah.