Tag: PRU15
Celup jari macam berinai- pengundi muda Titiwangsa
Pengundi kali pertama tidak sabar mahu muat naik gambar jari bercelup dakwat biru di media sosial sebagai tanda sudah mengundi
Ismail Sabri, isteri selesai mengundi selepas sejam berbaris
Tidak ada sebarang aduan yang diterima terutama daripada pengundi saluran 1 dan 2 seperti saya, yang mengadu tidak cukup kerusi dan tempat duduk. - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Harap peratusan mengundi di Putrajaya capai 90 peratus- Ku Nan
Menurut calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pihaknya menyasarkan jumlah turun mengundi hari ini adalah pada paras 90 peratus.
Radzi nasihat pengundi ambil kesempatan keluar awal
Datuk Dr Radzi Jidin menasihatkan pengundi mengambil kesempatan cuaca yang agak cerah pagi ini untuk keluar mengundi.
Anwar Ibrahim potong barisan di Permatang Pauh
Ia susulan kehadiran calon PH Parlimen Tambun, Perak itu mendapat tumpuan lebih 50 pengamal media dalam dan luar negara sekali hingga menyebabkan kawasan itu sesak selain menggangu pengundi lain yang sedang menunggu giliran.
Menggigil pangkah kertas undi – Pengundi muda
Boleh melihat sendiri tangan kami masih menggigil walaupun sudah memangkah beberapa minit yang lalu dan waktu beratur semak pendaftar undi sangat sistematik tidak susah untuk kami melaksanakan amalan demokrasi kami. - Divya Karasi Krishnan.
Prabakaran gementar nampak kertas undi panjang
Walaupun kertas undi lebih panjang daripada kebiasaan namun ia jelas, mudah dan tidak mengelirukan pengundi untuk memangkah.
Tok Mat seru rakyat keluar tunai tanggungjawab mengundi
Pilih kerajaan baharu selepas PRU-15.
Johari, isteri selesai mengundi
Johari bersama isteri, Datin Seri Zurwati Haslinda Zainal Bahry mengundi di saluran tiga pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Maluri, 9.05 pagi tadi.
PRU15 mampu rekod peratusan keluar mengundi tinggi – Khaled
Biarpun berdepan cuaca hujan tetapi ia tidak menghalang pengundi keluar dan saya percaya peratusan keluar mungkin tinggi jika ini trend yang kita dapat lihat. - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

















