Sunday, August 30, 2026
Home Tag Putra

Tag: Putra

PRU16: Penentu halatuju negara – Putra

Keadaan negara menuntut pemimpin berfikir melangkaui kepentingan parti dan emosi, demi memastikan Malaysia kembali stabil serta bebas daripada tekanan ekonomi yang terus membebankan rakyat.

Putra dakwa peneroka Kampung Jalan Papan dizalimi

Peneroka di kawasan tersebut bukanlah setinggan, sebaliknya penduduk asal yang mempunyai sejarah penempatan lebih 80 tahun.

Kenapa pampasan kes Amri, Raymond berbeza? – Putra

Menurut Ibrahim,, `nilai’ nyawa kedua-dua individu berkenaan adalah sama, sekali gus tidak boleh dikelaskan sama ada dari sudut kaum; agama; kelas dan sebagainya.

Putra desak penjelasan isu penjualan tanah Zoo Negara

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kedaulatan tanah dan kepentingan rakyat, Putra menegaskan bahawa sebarang tindakan melibatkan aset awam terutamanya yang berkaitan pemeliharaan alam sekitar dan warisan negara mesti dilaksanakan secara telus, beretika dan dengan penglibatan awam yang menyeluruh.

Putra desak SPRM, AGC hentikan amalan ‘undang-undang dua darjat’

Ibrahim menegaskan, negara kini berdepan fasa berbahaya apabila rasuah dilihat bukan lagi jenayah tetapi 'deposit sementara' yang boleh dipulangkan untuk mengelak hukuman dan menyifatkan amalan membayar untuk bebas sebagai tidak adil dan satu bentuk pengkhianatan yang merosakkan kepercayaan serta keadilan sosial.

ART Malaysia-AS: Putra tuntut RCI, tuduh Anwar, Zafrul khianat amanah rakyat

Langkah itu disifatkan sebagai satu tindakan yang melibatkan unsur penggadaian kedaulatan negara dan melangkaui mandat rakyat, kata Tok Him.

Isu Bahasa Melayu: Putra tuntut tindakan disiplin terhadap Kor Ming

Tindakan tersebut bukan sahaja tidak beretika, malah mencabar dasar pentadbiran dan Perlembagaan Negara.

Belanjawan 2026: Mana agenda memperkasa ekonomi Bumiputera? – Putra

Asmawar turut menyifatkan Belanjawan 2026 sebagai tiada kelainan dari Belanjawan Madani tahun-tahun sebelumnya, yang hanya menawarkan “gula-gula” seperti STR tetapi, tidak mengubah kedudukan sosioekonomi bumiputera secara struktural.

Arak jadi simbol diplomasi baharu? Putra sindir ‘Islam Madani’

“Bagi Madani, cukup sekadar ‘amaran’, masalah dianggap selesai. Begitulah mudahnya cara Madani menyelesaikan isu, sama mudahnya seperti menurunkan harga RON95 sebanyak enam sen dan mendakwa kos sara hidup rakyat telah selesai,” katanya.

Isu alkohol: Hormati umat Islam, bukan sembunyi di sebalik alasan –...

Tindakan King Sing yang menolak dakwaan tetamu Muslim meninggalkan sebuah majlis kerana terdapat minuman beralkohol dengan menyatakan ia sebagai “tidak berasas” tanpa mengemukakan sebarang bukti atau penjelasan konkrit hanyalah usaha menutup kelemahan sendiri.