Tag: SC
SC cari Wong Shee Kai
Pada 3 April 2020, SC juga telah meminta bantuan Interpol untuk mencari Wong setelah waran tangkap dikeluarkan terhadap lelaki itu oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 27 Disember 2019 kerana gagal hadir di hadapan Pegawai Penyiasat SC sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 32(3)(a) AMLATFPUAA.
SC keluar tatalaku AGM secara maya
SC ingin menegaskan bahawa penerbit tersenarai hendaklah berusaha mengadakan mesyuarat secara maya sepenuhnya dengan seberapa sedikit bilangan kehadiran individu yang mungkin di tempat penyiaran. Mereka yang hadir mestilah mematuhi semua garis panduan penjarakan sosial.
Keperluan kualiti audit tinggi berikutan Covid-19 – SC
Dalam satu pekeliling kepada juruaudit dan jawatankuasa audit, AOB yang mengawal selia juruaudit PIE berkata, mereka memantau rapi impak pandemik tersebut terhadap kualiti laporan kewangan PIE.
Fleksibiliti pembiayaan margin bagi peserta pasaran modal
Para broker, atas budi bicara mereka, tidak boleh membuat panggilan margin atau mengenakan pengurangan nilai ke atas apa-apa cagaran dan sekuriti yang dibeli dan dibawa ke dalam akaun margin.
Bursa, SC gantung jualan singkat
Penggantungan ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada langkah-langkah proaktif untuk mengurangkan potensi risiko yang timbul daripada ketidaktentuan yang sengit dan ketidakpastian pasaran global.
SC beroperasi seperti biasa tapi interaksi dikurangkan
Kami tidak akan dapat menerima sebarang pertanyaan atau aduan secara bersemuka. Pelabur boleh menghantar e-mel kepada kami di [email protected]. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi talian hotline kami di +603 6204 8999 (9.30 pagi hingga 5.30 petang Isnin hingga Jumaat).
SC beri kelonggaran penuhi keperluan kawal selia
SC dalam kenyataan berkata, sebagai sebahagian daripada pelan kesinambungan perniagaan mereka, kebanyakan peserta pasaran mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengendalikan operasi pasukan pisah atau bekerja dari rumah dalam tempoh masa ini.
SC pantau pasaran modal
Pengantara pasaran dengan permodalan yang kukuh, tahap kecairan yang baik dalam industri pengurusan dana serta infrastruktur pasaran yang kukuh akan terus memacu daya tahan dan menyokong pasaran modal daripada sebarang kejutan dari luar.
SC longgar kawal selia PRS
Untuk meningkatkan pertumbuhan jangka panjang untuk ahli-ahli PRS, langkah-langkah tersebut akan memberikan lebih kelonggaran dalam peruntukan aset untuk dana PRS, seperti membenarkan dana konservatif dilabur dalam pasaran asing dan dana PRS melabur dalam dana dagangan bursa berdasarkan emas fizikal untuk meningkatkan kepelbagaian aset dalam pelaburan alternatif.
Pusat kecemerlangan pacu SDG dibuka
Rangkaian tempatan United Nations Global Compact, Compact Network Malaysia bersama Capital Markets Malaysia melancarkan Pusat Kecemerlangan Global Compact Network Malaysia bagi memacu pembangunan agenda kelestarian serta mempercepatkan proses korporat Malaysia dalam menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).












