Wednesday, August 19, 2026
Home Tag SC

Tag: SC

SC batal lesen CMSRL Chin

"Lesen CMSRL Chin yang sebelum ini berkhidmat dengan SJ Securities Sdn Bhd, telah dibatalkan di bawah Seksyen 72 yang dibaca bersama-sama Seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), berkuat kuasa 6 Julai, 2017," kata SC.

SC anjur InvestSmart 13 Oktober ini

Acara tahunan InvestSmartĀ® Fest selama tiga hari ini bertujuan menyediakan para pelabur dengan asas-asas kukuh yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan yang mantap, termasuk mengetahui peluang-peluang pelaburan dan melindungi diri mereka daripada skim penipuan pelaburan.

2 pengarah Telent dikenakan moratorium kekal

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan celaan ke atas sebuah syarikat peralatan sukan yang berpengkalan di China, Telent Outdoor (Hong Kong) Technology Co. Ltd (Telent) dan mengenakan moratorium kekal ke atas dua pengarahnya kerana mengemukakan maklumat palsu.

Bekas pengarah eksekutif Axis kemuka kenyataan palsu dipenjara

Lee Han Boon dan Saipuddin Lim Abdullah mengaku bersalah kerana mengemukakan maklumat palsu kepada bursa saham berhubung pendapatan Axis sebanyak RM91.13 juta.

SC perkenal Penjelasan sebagai aktiviti kawal selia baharu

Rangka kerja ini akan memisahkan fungsi penjelasan dan dagangan kepada dua aktiviti dikawal selia yang berbeza, dengan membenarkan pengantara membuat pengkhususan dalam perkhidmatan mereka.

Bekas pemegang saham Maxbiz hadapi 4 pertuduhan dagangan orang dalam

Andrew Leong dituduh di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) untuk melupuskan 2,131,400 unit saham Maxbiz dalam akaun anaknya pada 30 Disember 2010 dan sejumlah 8,100,000 saham Maxbiz dalam akaunnya sendiri antara 30 Disember 2010 dan 18 Januari 2011, ketika memiliki maklumat dalaman.

7 disaman kerana dagangan orang dalam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tujuh individu kerana dagangan orang dalam yang melibatkan saham Worldwide Holdings Bhd (Worldwide), sebuah syarikat yang sebelum ini disenaraikan di Bursa Malaysia.

SC dibenar tambah hukuman ke atas pengarah Welli Multi

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM400,000 terhadap kedua-dua adik-beradik tersebut, masing-masing berusia 71 dan 67.

Bekas peneraju Maxbiz didakwa lakukan dagangan orang dalam

Vincent Leong, 58, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menyampaikan maklumat bukan awam antara November 2010 dan Januari 2011 untuk Leong Wye Keong apabila beliau sepatutnya tahu bahawa Wye Keong akan cenderung untuk melupuskan saham Maxbiz.

SC batal lesen CMSRL 3 individu

Norhashmilaidi, Ngan dan Malik sebelum ini masing-masing berkhidmat dengan Affin Hwang Investment Bank Berhad, AmInvestment Bank Berhad dan Malacca Securities Sdn Bhd.