Tag: SPRM
Penolong jurutera MBK mengaku tidak bersalah terima rasuah
Yusrizal didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan peruntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pengarah Laut antara empat direman terima suapan percutian ke Langkawi
Lelaki berusia 52 tahun dan pegawai wanita berusia 30 tahun itu dikatakan menerima suapan berupakan tajaan tiket kapal terbang dan penginapan ke Langkawi, Kedah berjumlah RM2,808.12 pada Julai tahun lalu.
Kakitangan, bekas pengetua sekolah ditahan SPRM kes salah guna kuasa
Difahamkan, pada tahun 2015 hingga tahun lalu, kakitangan tersebut disyaki menyalahgunakan jawatannya bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan dan penyelenggaraan di sekolah tersebut kepada syarikat miliknya sendiri.
Mengapa SPRM yang siasat, bukan LHDN? – Shahrir
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abd. Samad mempersoalkan mengapa kesnya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Kes seludup minyak masak subsidi: Lima penjawat awam ditahan SPRM
Anak individu berkenaan disyaki melakukan kesalahan menyimpan kira-kira 100 kotak minyak masak subsidi dipercayai untuk diseludup ke luar negara, suspek berusia 29 hingga 50 tahun itu ditahan selepas menerima sebahagian daripada wang rasuah kira-kira RM5,000 daripada individu berkenaan.
Rasuah: Tiga Individu termasuk pegawai penguatkuasa ditahan SPRM
ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu dipercayai ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Cawangan Sibu, Sarawak petang tadi.
SPRM reman Pengurus Besar KOSMA 6 hari
Lelaki berusia 44 tahun ditahan bagi membantu siasatan penyalahgunaan kuasa bagi meluluskan skim pelaburan saham yang berjumlah RM720,000.
COO, perunding warga UK bersubahat buat tuntutan palsu projek RM389 juta
Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan mereka direman berrmula 11 Januari sehingga 16 Januari 2023 ini untuk membantu siasatan SPRM.
Pengarah, pemilik syarikat direman bantu siasatan kes tuntutan palsu
Seorang pengarah dan pemilik sebuah syarikat direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu di Kedah berjumlah RM20.3 juta pada 2015.
SPRM tahan pengarah, pemilik syarikat berkaitan kes tuntutan palsu RM20.3 juta
Penahanan tersebut ekoran maklumat mengatakan pada 2015, beberapa buah syarikat yang telah bersubahat mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, sedangkan tiada pembekalan dibuat. - Sumber.
















