Tag: SPRM
Pembantu penguat kuasa KPDNHEP mengaku terima suapan RM700
Mengikut kertas pertuduhan tertuduh yang bertugas di Pejabat KPDNHEP cawangan Muar didakwa diberikan wang suapan oleh Phang Min Lee berjumlah RM700 bagi tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas Syarikat Khaw Tai Trading Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan barang kawalan bekalan.
Dorong syarikat isteri dilantik sub kontraktor, SPRM tahan bekas pengurus
Sumber SPRM berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu pada Ogos 2019 sebagai balasan membantu syarikat milik isterinya untuk dilantik sebagai sub kontraktor. #malaysiagazette
Rasuah projek institut berkaitan automotif, Datuk antara 9 direman
Kesemua suspek berkenaan termasuklah empat pemilik syarikat, penasihat perubatan, akauntan, pengarah syarikat, ketua eksekutif dan ketua pegawai operasi.
Swee Kheng pernah risau keselamatan diri, tolak perlindungan dari SPRM –...
Mendiang pernah mendakwa Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP ketika itu adalah seseorang yang untouchable (sukar disentuh). - Muhammad Nazree Mansor.
Bocorkan maklumat tender LLM RM1.2 juta, suami isteri direman 5 hari
Menurut sumber SPRM, perintah reman bermula hari ini sehingga 27 Mac 2022 dikeluarkan oleh Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim terhadap kedua-dua suspek yang berusia 44 dan 42 tahun di Mahkamah Majistret, Putrajaya, pagi ini.
Tiga pengarah syarikat kejuruteraan direman SPRM
Dua lagi suspek lelaki berusia 54 dan 63 tahun yang merupakan bekas pengarah syarikat kejuruteraan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak direman atas faktor kesihatan.
Tiada kertas siasatan kes dibuka sepanjang PRN Melaka – SPRM
Dalam perkembangan lain, SPRM Melaka menahan seramai 17 individu termasuk 12 penjawat awam selepas membuka 20 kertas siasatan kerana dipercayai terbabit dengan kesalahan rasuah sepanjang tahun lalu.
DAP mahu keluarga Beng Hock dibayar RM1.5 juta seperti keluarga Adib
Pada 2016 Jabatan Peguam Negara mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian Beng Hock yang juga pembantu kepada seorang Exco negeri Selangor dari DAP ketika itu Ean Yong Hian Wah.
Tiga anggota APM mengaku tidak bersalah minta rasuah RM18,000
Mengikut kertas pertuduhan, suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk mereka membantu Syarikat Pendang Jaya Sdn Bhd bagi mendapatkan projek membekal, menghantar dan memasang peralatan pejabat di Akademik Latihan Pertahanan Awam Malaysia di Kajang, Selangor.
Majistret dihukum penjara 29 tahun, denda RM1.5 juta
Mohamad Amin Shahul Hamid, 41 tahun, pernah berkhidmat di mahkamah di Lipis dan Raub didakwa meminta suapan berjumlah RM100,000 dan menerima suapan bernilai RM110,000 daripada Hassan Basri Ahmad Sutan Modo di sekitar Lipis dan Raub antara 5 Julai hingga 22 Oktober 2019.

















