Tag: warga asing
JIM siasat penggunaan logo jabatan pada kenderaan dipandu warga asing
Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban berkata hasil semakan awal mendapati kenderaan berkenaan bukan milik atau aset rasmi JIM.
Dua suspek culik maut selepas berbalas tembakan dengan polis
Dalam kejadian itu, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9), JSJ Bukit Aman yang sedang menjalankan serbuan di sebuah rumah di kawasan perumahan berkenaan.
JPN gempur kilang getah, 22 pekerja asing ditahan
Pengarah Penguatkuasaan JPN Mazhad Abdul Aziz berkata serbuan menerusi Ops Getah pada 3 petang itu melibatkan pemeriksaan terhadap 74 individu di premis berkenaan, dan 24 daripadanya ialah rakyat tempatan.
Komposer warga asing disyaki pukul, ugut pelajar direman
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.
Lelaki Myanmar gagal lolos, dicekup ketika cuba larikan diri
“Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan dua warga asing iaitu seorang lelaki warga Myanmar kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan seorang lelaki warga Bangladesh di bawah Seksyen 15(1)(c) akta sama,” menurut kenyataan itu.
113 pelarian termasuk warga Rohingya ditempatkan di IPK Kuala Lumpur
Fadil berkata, hasil semakan dokumentasi ke atas warga Rohingya yang terlibat mendapati mereka mempunyai dokumen sah iaitu kad pelarian UNHCR.
Penahanan 12 anggota polis bukti PDRM tidak berkompromi
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan pantas yang diambil termasuk penahanan dan siasatan terhadap anggota terbabit menunjukkan komitmen pasukan itu dalam memastikan integriti terus dipelihara.
Kes bunuh di Cheras: Motif kejadian masih dalam siasatan – Shazeli
Dalam pada itu, Shazeli tidak tolak kemungkinan akan ada tangkapan baharu berhubung kes terbabit ketika ditanya mengenai perkara tersebut.
Lima lelaki warga asing ditahan kes bunuh di Cheras
Salah seorang suspek telah ditahan semalam dan direman selama enam hari manakala empat lagi suspek akan direman esok di Mahkamah Majistret Kajang bagi membantu siasatan.
Pemudah perkukuh tindakan terhadap perniagaan tak sah warga asing
Mesyuarat bersetuju melaksanakan strategi intervensi berasaskan pendekatan pematuhan, pemantauan dan pemerkasaan (3P) merangkumi pengukuhan pematuhan vendor, perkongsian data serta penguatkuasaan bersepadu antara agensi.

















