Lapan lagi suspek bebas yang dikehendaki dan sedang diburu polis Pahang membantu siasatan kes merusuh di Genting Highlands baru baru ini.Ihsan IPK Pahang

KUALA LUMPUR – Polis masih sedang giat memburu lapan lagi individu disyaki terlibat dalam kejadian merusuh di Genting Club, Genting Highlands yang berlaku pada 6 April lalu.

Ketua Polis Pahang Komisioner Datuk Seri Yahaya Othman berkata, Polis Bentong telah berjaya menahan empat orang lelaki warganegara tempatan bagi membantu siasatan dalam kes tersebut.

“Keempat-empat suspek itu telahpun dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh sebelum mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya.

“Mereka telah diikat jamin RM 2,200 sementara menunggu sebutan semula kes pada 17 April ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Yahaya lagi, pemeriksaan lanjut polis pada kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapar lapan lagi individu yang terlibat dengan kejadian
tersebut dan masih bebas.

“Sehubungan itu, orang ramai atau saksi bebas yang telah melihat kejadian ini ataupun mempunyai maklumat mengenai lapan suspek yang masih bebas itu agar tampil
membantu siasatan.

“Polis meminta kerjasama orang awam agar boleh menyalurkan
maklumat berkaitan kesemua saspek dengan menghubungi Pusat Kawalan
Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis
berhampiran,” tegasnya lagi.

Lapan suspek yang sedang diburu adalah Lim Yong Sen, 43 tahun beralamat dari Taman Kempas Utama Johor Bahru dan suspek kedua dikenali Tay Kim Dar, 44 dari Taman Sri Lalang Kota Tinggi Johor.

Manakala suspek ketiga, Ong Jun Chuan, 39 tahun dari Taman Desa Kempas Johor;Suspek keempat Ivan Koh Zhen Yee 23 tahun dari Taman Bayu Perdana Klang.

Empat lagi suspek yang turut dikehendaki adalah Khor Soon Tit, 24, dari Taman Bakap Indah Sungai Bakap Pulau Pinang; Swe Kah Fai berusia 25 tahun dri Pangkor Perak; Tan Chun Hou, 22, dari Taman Impian Indah, Alma Bukit Mertajam Pulau Pinang dan suspek kelapan ialah Hos Yin Bin, 46, dari Pandan Jaya, Selangor.- MalaysiaGazette