Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berucap pada Associate Chinese Chambers of Commerse and Industry of Malaysia Power Chat 3.0 di Wisma Chinese Chambers, Jalan Ampang. Foto MOHD ADZLAN, 19 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang mempertimbangkan pemberian insentif kepada majikan yang melaksanakan aturan kerja anjal.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, pemberian itu merupakan salah satu satu cara yang menggalakan majikan menerokai dan mengadaptasi cara bekerja baharu.

“Kita menggalakkan majikan dan pekerja meneroka kaedah-kaedah untuk menambah baik persekitaran pekerjaan bukan saja produktiviti tapi juga hubungan perusahan.

“Apa yang kita cuba lakukan pada tahap ini adalah untuk menggalakkan. Lihat bagaimana khidmat itu boleh diberikan tentang pelaksanaan aturan kerja anjal dari segi insentif cukai sebagainya. Pada tahap ini kita harap kita dapat galakkan majikan dengan insentif bagi yang melaksanakannya melalui,” katanya ketika ditemui di Associate Chinese Chambers of Commerse and Indusry of Malasyia power chat 3.0, hari ini.

Jelas beliau, aturan kerja anjal boleh dibuat dengan cara rundingan di antara pekerja dan majikan.

Bagaimanapun Steven berkata, tidak semua jenis pekerjaan boleh melaksanakannya.

“Dan aturan kerja anjal ini ni antara kaedah untuk membolehkan pekerja ada suasana pekerjaan yang lebih baik terutama tentang kesesakan lalu lintas atau keperluan tugas penjagaan di rumah (anak).

“Tetapi pada masa sama pekerja juga harus memahami aturan pekerjaan. Bukan semua jenis perkerjaan boleh diberikan fleksibel begitu,” katanya.

Semalam beliau menerusi aplikasi X berkata, pekerja boleh memohon kepada majikan aturan kerja fleksibel berdasarkan masa, hari dan lokasi bekerja mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955.

Menurutnya, permohonan berkenaan perlu diserahkan kepada majikan untuk diberikan maklum balas dalam tempoh 60 hari dan sekiranya ditolak, majikan harus memberikan alasannya.-MalaysiaGazette