KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak musykil mengapa Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti tidak mengeluarkan amaran dan menyiasat dalang di sebalik Harapan Coin.

Dakwanya, walaupun belum dapat kelulusan, platform laman web dan penjualan telah aktif beroperasi.

Najib berkata, nampaknya, Menteri Wilayah, Datuk Khalid Samad bersungguh-sungguh mahu Harapan Coin dilaksanakan.

Namun, soal Najib, siapa yang memantau atau melakukan audit?

“Mengapa Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti tidak mengeluarkan amaran dan siasat dalang di sebalik Harapan Coin?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kedua-kedua pengawas selia kewangan itu perlu menamakan setiap individu yang terlibat.

Ini kerana, Menteri Wilayah Persekutuan itu mengakui beliau dan rakan-rakannya terlibat dalam projek Harapan Coin.

Malah, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) itu mencadangkan Harapan Coin itu diguna dalam trasaksi rakyat dengan kerajaan.

Khalid melalui video berkata Harapan Coin yang dibeli rakyat sebanyak 30 peratus diberi kepada pemilik skim, 30 peratus lagi kepada PAN dan 40 peratus kepada Pakatan Harapan.

“Namakan mereka satu per satu. Rakyat berhak tahu untuk menilai sendiri dan berwaspada dengan Menteri dan kawan-kawan 30 peratus ini,” menurutnya.

Najib memaklumkan Bank Pusat mempunyai senarai 423 syarikat dalam Amaran Penggunaan Kewangan termasuk pengendali terbitan mata wang kripto.

“Ingat Lavida Coin? Lavida Coin antaranya,” ujar beliau lagi. – MalaysiaGazette

Aktiviti Lavida Coin perlu dihentikan – SC

LAVIDA Coin dalam senarai peringatan BNM

SC siasat Lavida Coin

TERKINI : Pakatan Harapan Perkenal Matawang Kripto? – KJ

Harapan Coin: Tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan – Khairy