Kongsi
Sebuah lori yang membawa muatan asid terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan dari Melaka menghala Seremban.

Kuala Lumpur- Sepanjang jalan berhampiran tol Senawang sedang dibersihkan akibat tumpahan asid telah dibuka semula.

PLUS mengumumkan, Lebuhraya Utara- Selatan di jajaran Senawang dan Pedas Linggi dibuka semula pada 1.10 tengahari tadi.

“Pengguna lebuhraya sudah boleh menggunakan laluan tersebut seperti biasa.

PLUS mengucapkan terima kasih di atas kerjasama pengguna leuhraya dan dalam masa yang sama memohon maaf kepada di atas ketidakselesaan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.

PLUS menasihatkan pengguna untuk memantau perkembangan trafik terkini menerusi akaun Twitter @PLUSTrafik, aplikasi mobil PLUS, Waze atau Google Map.

Pagi tadi satu kemalangan melibatkan lori tangki yang membawa 25,000 liter asid kimia telah menyebabkan lebuhraya PLUS berhampiran tol Senawang terpaksa ditutup.- MalaysiaGazette

 

Tinggalkan Jawapan