Home Ekonomi Hati-hati panggilan palsu guna hotline 1-300-88-9980

Hati-hati panggilan palsu guna hotline 1-300-88-9980

KUALA LUMPUR –  Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memberi amaran kepada orang ramai berhubung panggilan palsu yang menggunakan talian hotline 1-300-88-9980, iaitu talian ABM.

Penggilan itu berhubung penggunaan kad kredit.

Tegasnya, ABM atau mana-mana institusi kewangan termasuk pengeluar kad kredit tidak akan meminta maklumat sensitif peribadi perbankan melalui panggilan telefon, perkhidmatan pesanan ringkas atau emel.

“Orang ramai perlu berjaga-jaga untuk melindungi maklumat peribadi mereka pada setiap masa.

“Sesiapa yang telah memberikan maklumat peribadi masing-masing kepada pemanggil itu dinasihatkan supaya segera menghubungi bank berkenaan dan membuat laporan polis.

“Mereka juga  boleh menghubungi ABM untuk mendapatkan bantuan sekiranya diperlukan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai skim penipuan kewangan yang berkaitan, orang ramai dinasihatkan untuk melawat laman web ABM di http://www.abm.org.my atau hubungi ABM di 1-300-88-9980 atau 03-2078 8041