KUALA LUMPUR – Impian Juara Gegar Vaganza 3, Azharina Azhar untuk mengadakan konsert tercapai apabila akan tampil dengan sebuah persembahan istimewa pada hujung bulan bulan ini.

Dikenali Azharina Azhar Live At Hard Rock Cafe, persembahan akan diadakan pada 26 Mac ini.

Bakal menyanyikan 14 lagu menerusi album terdahulu termasuk lagu Bahasa Inggeris pilihannya, Azharina mengharapkan dapat memberikan yang terbaik.

Atara lagu yang tersenarai dalam persembahan istimewa itu ialah Elergi Sepi, Sekian Terima Kasih, Seandainya, Cheap Trills, Proud Mary, River Deep Mountain High, dan  Mama Aku Ingin Pulang .

Sementara itu, bekas Juara Bintang RTM 2001 itu kini dalam proses menyiapkan album terbarunya.

Sejak Januari lalu, dia sudah selesai merakamkan tujuh lagu baru bersama komposer Julfekar dan kini sedang menunggu waktu sesuai untuk rakaman beberapa buah lagu lagi. – MalaysiaGazette