Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengotakan janji untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan.
Nik Mohamad Abduh

KUALA LUMPUR – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz gagal merebut jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas (TYDP) Kawasan Pengkalan Chepa yang ditandinginya dalam pemilihan parti itu hari ini.

Beliau sekadar mendapat 37 undi, manakala penyandang TYDP Pas Kawasan itu, Dr. Izani Husin yang dicabarnya mendapat 209 undi.

Kekalahan anak kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu, sekali gus menunjukkan akar umbi tidak menerima kehadirannya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPMM) meninggalkan Kawasan Pengkalan Chepa selepas diletakkan oleh Pas Pusat di Parlimen Pasir Mas untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tahun 2013.

Jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan kekal disandang Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menang tanpa bertanding. – MalaysiaGazette

Comments are closed.