Dr S. Subramaniam

KUALA LUMPUR – Setakat ini tiada kes H5N1 melibatkan rakyat di Kelantan buat masa ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata

“Selaras dengan garis panduan kementerian, pihak jabatan veterinar akan menjalankan aktiviti promosi kesihatan kepada penduduk kampung dan orang awam dimana kawasannya 10 kilometer radius tempat kejadian ayam mati di lokasi.

“Bagi pihak kita pula kementerian kesihatan akan menjalankan pengesanan kes secara aktif di kalangan manusia di mana pemantauannya 300 radius dari tempat kejadian ayam mati.

“Setakat ini terdapat enam daerah yang terlibat dengan penularan virus tersebut,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Ujarnya lagi, daripada enam jajahan itu, Kota Bharu mencatatkan jumlah lokasi yang paling banyak dengan 14 lokasi daripada jumlah keseluruhannya sebanyak 28 lokasi.

“Kementerian akan meningkatkan pemantauan dalam segala aspek, selain menyebarkan risalah dan meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat, kita akan memastikan mereka memakai topeng muka dan sarung tangan bagi yang mendekati ayam dan unggas, kalau ada tanda-tanda awal mereka akan diberi rawatan segera oleh pihak hospital,” ujar Dr. Subramaniam lagi.

Pada 15 Mac lalu, kerajaan negeri Kelantan menetapkan kes wabak H5N1 sebagai bencana dan diletakkan dibawah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 20.

Perkara itu diumumkan Exco Pengerusi Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.

Sehingga kini terdapat empat jajahan utama yang terlibat dengan kes tersebut iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Putih dan Bachok meliputi 23 buah kampung di jajahan tersebut.

Terbaru Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Kelantan akan diumumkan bebas wabak H5N1 sekiranya tidak kes baru dicatatkan di negeri berkenaan. -MalaysiaGazette.