Shinzo Abe.

SEOUL – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberi amaran bahawa Korea Utara mungkin mampu menembak peluru berpandu dimuatkan dengan gas sarin saraf terhadap Jepun.

Abe membuat kenyataan itu pada panel Parlimen mengenai keselamatan negara, Associated Press melaporkan.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat menjelaskan sarin sebagai agen peperangan kimia buatan manusia dikelaskan sebagai agen saraf.

Secara umumnya tidak berbau dan tanpa rasa tetapi ia boleh menyebabkan kematian dalam beberapa minit.

Penyelidik Amerika Syarikat berkata, imej satelit menunjukkan aktiviti berterusan di tapak ujian nuklear Korea Utara di timur laut negara itu.

Imej-imej yang dimuat turun dalam laman sesawang 38 North, program Institut AS-Korea di Paul H. Nitze, Sekolah Pengajian Antarabangsa Lanjutan (SAIS), Universiti Johns Hopkins di Baltimore, Md.

Korea Utara akan meraikan ulang tahun pengasas negara itu Kim Il Sung yang mentadbir selamaa 46 tahun esok.

Sambutan itu menghangatkan spekulasi Pyongyang akan melancarkan ujian nuklear keenam atau membedil peluru berpandu semasa acara ulang tahun itu. – MalaysiaGazette