Hanya kerana mahu lulus ujian memandu, seorang penuntut kolej bertindak di luar jangkaan dengan mengacukan sebilah pisau kepada seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kenderaan motor elektrik (EV) dan Kenderaan Motor milik Orang Kelainan Upaya (OKU) akan diberi insentif pengecualian bayaran fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) sepenuhnya selaras dengan pengumuman kerajaan melalui Bajet 2022..- Gambar hiasan.

YAN – Pelaksanaan Sistem Mata Demerit yang berkuat kuasa hari ini, diharap akan dapat mendidik masyarakat mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan semasa berada di jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob berkata, pelaksanaannya melibatkan dua kesalahan utama iaitu perlanggaran lampu merah dan memandu melebihi had laju.

“Tempoh dua minggu untuk percubaan telah tamat semalam, dan hari ini Sistem Mata Demerit akan mula dikuatkuasakan, melibatkan dua kesalahan utama iaitu melanggar lampu merah dan memandu melebihi had laju.

“Menerusi reaksi yang diterima di laman sosial dan portal JPJ, ramai yang menyokong usaha ini dan ia dilihat merupakan langkah yang baik dalam mendidik masyarakat mematuhi undang-undang di jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Jerai di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, pelanggaran lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju merupakan faktor penyumbang kepada berlakunya kemalangan.

“Dua kesalahan ini merupakan kesalahan yang paling banyak menyumbang kepada berlakunya kemalangan, bagaimanapun terdapat lebih 20 kesalahan lain yang akan dimasukkan dari semasa ke semasa.

“Saya juga berharap agar orang ramai menyambut baik usaha ini dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini,” kata Yusof.

Terdahulu, seramai 500 peserta SKSJ Jerai menerima lesen memandu kelas B2 motosikal masing-masing.

Sejak diperkenalkan pada 2009, SKSJ telah memberi manfaat kepada 118,540 warga emas dan masyarakat Orang Asli menerusi 269 siri program yang dilaksanakan di seluruh negara.

Hadir sama pada program itu, Pengarah JPJ Kedah, Isma Suhaimi Sharif. – MalaysiaGazette