Kerajaan bukan sahaja membelanjakan wang yang besar untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tetapi menggenakan bayaran terendah di dunia kepada pelanggan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – RapidKL membuat pelarasan laluan bas 402 bagi memudahakan orang ramai mendapatkan kemudahan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di Jalan Fletcher di sini mulai Selasa ini.

Laluan tersebut melaluiĀ Jalan Tun Razak-Jalan Ipoh-Jalan Pahang-Bulatan Pahang dan Jalan Tun Razak menghala ke KLCC.

Dalam satu kenyataannya, RapidKL berkata, pelarasan laluan itu membabitkan empat hentian bas termasuk salah satunya terletak 80 meter dari klinik berkenaan.

“Laluan baharu itu meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam, menghubungkannya dengan stesen transit aliran ringan (LRT) Titiwangsa dan monorel Chow Kit,” kata RapidKL. – MalaysiaGazette