MANILA, 29 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mempengerusikan Persidangan IMT-GT Ke-10 sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 hari ini.?--fotoBERNAMA (2017)
MANILA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap dengan tindakan Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang lebih agresif terhadap pelampau seperti Abu Sayyaf, rantau Filipina selatan akan bertambah lebih baik keselamatannya.

“Saya telah ucapkan tahniah kepada kerajaan Filipina kerana telah berjaya membunuh seorang pemimpin Abu Sayyaf dua hari yang lalu.

“Dengan tindakan Presiden Duterte yang lebih agresif ini, kita harap rantau Filipina selatan ini akan bertambah lebih baik akan keselamatannya,” katanya pada pemberita Malaysia selepas Sidang Kemuncak Asean 2017 di sini.

Mengikut beberapa laporan, pasukan marin Filipina telah membunuh seorang komander pelampau Abu Sayyaf iaitu Alhabsy Misaya.

Perdana menteri juga berkata beliau telah melahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden Duterte yang telah membantu menyelamatkan lima orang warganegara Malaysia yang telah menjadi orang tebusan selama lapan bulan.

Katanya Malaysia juga telah memberi komitmen untuk terus membantu dalam proses untuk memuktamadkan ‘Comprehensive Peace Plan’ yang melibatkan bangsa Moro.

Di samping itu, Najib berkata isu keganasan juga telah mengambil perhatian di sidang kemuncak tersebut di mana Malaysia memberi pandangan bahawa sumbangan Malaysia termasuk program pendalikalan yang telah mencapai kejayaan yang tinggi.

“Kejayaan ini menunjukkan bahawa kita juga boleh memberi sumbangan termasuk kita punya ‘digital counter messaging center”. Oleh itu ianya perlu mendapat sokongan dan dokongan negara-negara ASEAN dalam usaha memerangi ancaman militan dan keganasan melampau dengan lebih berkesan. — BERNAMA