Keadaan di dalam dewan semasa perbahasan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar. foto FAREEZ FADZIL, 30 APRIL 2017.

ALOR SETAR- Ucapan penangguhan sidang Muktamar Pas ke-63 hari ini sekali lagi tertangguh.

Kali ini, kegagalan penghawa dingin berfungsi dengan baik, memaksa Pengerusi Tetap, Hussien Ismail menangguhkan sesi penangguhan selama lebih kurang lima minit.

Sesi penggulungan kemudiannya tetap diteruskan meskipun penghawa dingin masih belum diperbaiki sepenuhnya.

Dalam masa sama, terdapat perwakilan yang enggan namanya disiarkan menyamakan keadaan panas dewan tersebut sebagai sauna.

“Dah macam sauna panas dia baq hang,” katanya. – MalaysiaGazette