TOKYO – Jepun merancang untuk menyumbang pesawat peronda tentera yang telah dihentikan ke Malaysia, kata satu laporan semalam, susulan pakatan memperkukuhkan tindak balas kepada tuntutan maritim China.
Kedua-dua negara adalah antara beberapa negara di rantau ini yang meningkatkan kerjasama pertahanan susulan pendirian agresif Beijing di perairan yang dituntut.
Beijing menegaskan, ia mempunyai hak kedaulatan ke hampir seluruh Laut China Selatan – strategik perairan penting, yang mana Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei dan Taiwan juga melakukan tuntutan.
Nikkei yang memetik jurucakap kementerian pertahanan sebagai berkata, Tokyo merancang untuk menawarkan pesawat peronda P-3C.
Parlimen Jepun kini membincangkan rang undang-undang yang akan membolehkan negara itu menyediakan peralatan ketenteraan kepada negara-negara lain tanpa sebarang kos.
Malaysia mungkin akan menjadi benefisiari pertama apabila rang undang-undang itu diluluskan, Nikkei berkata, tanpa menjelaskan berapa banyak P-3C yang mahu diserahkan oleh Jepun.
Pasukan maritim Jepun mempunyai kira-kira 60 buah P-3C dalam operasi dan merancang untuk menghentikan pesawat yang telah terbang 15,000 jam. – MalaysiaGazette
















