Pekerja
Arkib: Pekerja. foto FAREEZ FADZIL, 10 APRIL 2017

KUALA LUMPUR- Ekonomi Malaysia mempunyai kapasiti untuk menyerap bekalan pekerja sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Bhd. (TalentCorp.), Shareen Shariza Abdul Ghani di dalam Laporan Kaji Selidikan Tenaga Kerja 2016 yang diterbitkan Jabatan Statistik berkata, populasi umur bekerja adalah 14.7 juta manakala 14.2 juta telah diambil bekerja.

“Kita telah melihat ada trend positif di antara populasi umur bekerja dengan jumlah pekerja setiap tahun yang mana pertumbuhannya adalah baik setiap tahun.

“Kami juga menjangkakan masa hadapan Malaysia adalah positif dan berkembang. Begitu juga dengan aktiviti ekonomi yang baik yang akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan.” Katanya.

Menyentuh mengenai pengangguran dalam kalangan graduan, Shareen berkata, terdapat keperluan untuk mengatasi ketidakseimbangan di antara peningkatan tenaga kerja yang memiliki pendidikan tinggi dengan pertumbuhan di dalam peluang pekerjaan berkemahiran.

“Kami perlu mengurangkan ketidakseimbangan kemahiran di antara graduan baharu dengan keperluan industri,” katanya.- MalaysiaGazette