Seorang lelaki sedang menekup muka Alan Joyce dengan pai ketika Ketua Pegawai Eksekutif Qantas sedang berucap di Perth. foto Agensi

PERTH – Ketua Pegawai Eksekutif Qantas akan mendakwa seorang lelaki yang menekup wajahnya dengan pai ketika dia sedang berucap.

Alan Joyce sedang berucap ketika seorang lelaki naik di pentas dan menekup mukanya.

Lelaki itu kemudian mengkritik Joyce kerana menyokong perkahwinan sesama jenis, yang salah di sisi undang-undang Australia.

“Saya akan mendakwa dia,” kata Joyce.

Polis mendakwa lelaki 67 tahun itu kerana memberi butiran palsu selepas insiden yang berlaku di hadapan 500 orang.

Ketika itu Joyce sedang berbincang tentang keputusan untuk melakukan penerbangan tanpa henti dari Australia ke London.

Bagaimanapun dakwaan terhadap serangan itu belum dikenakan lagi terhadap lelaki yang dikenali sebagai Tony Overheu.

“Daripada pembacaan saya, Alan Joyce cuba untuk menggulingkan proses Parlimen Persekutuan berhubung isu kesaksamaan perkahwinan,” katanya.

Joyce adalah salah satu daripada 20 ketua eksekutif syarikat yang menandatangani petisyen pada bulan Mac lalu meminta Perdana Menteri Malcolm Turnbull untuk membenarkan perkahwinan sejenis. – MalaysiaGazette