KUALA LUMPUR – Proton Holdings Berhad dijangka mengadakan mesyuarat lembaga pengarah minggu ini untuk membincangkan penjualan kepentingan dalam perniagaan tidak menguntungkan, menurut sumber.

Pengarah DRB-Hicom Bhd didakwa merancang untuk membincangkan cadangan menjual minoriti pegangan dalam Proton dan kepentingan kawalan dalam Lotus kepada Zhejiang Geely Holding Group Co.

Sebagai sebahagian daripada cadangan itu, Geely dan Proton akan memanfaatkan rangkaian pasaran di China dan Asia Tenggara.

PSA Group masih berminat untuk mendapatkan Proton walaupun kumpulan automotif Perancis mahu mendapatkan pegangan kawalan.

Geely dan PSA enggan mengulas, manakala DRB-Hicom tidak dapat dihubungi.

Semasa DRB-Hicom menswastakan syarikat kereta itu pada tahun 2012 selepas mengambil alih kepentingan 43 peratus daripada Khazanah Nasional Bhd, nilai Proton adalah RM2.8 bilion.

Proton dikatakan telah mempertimbangkan cadangan daripada Renault SA, unit Skoda Volkswagen AG dan Suzuki Motor Corp.

Awal tahun 2010, syarikat automotif negara itu telah berunding perkongsian dengan Volkswagen, yang berakhir dengan automotif Jerman itu berkata ada “keutamaan lain.”

Honda Motor Co. turut meneroka kemungkinan bekerjasama dengan Proton pada tahun 2012.

DRB-Hicom berkata, ia mensasarkan untuk menyelesaikan rakan kerjasama pada separuh pertama tahun ini.

DRB-Hicom mahu mengekalkan ekuiti yang signifikan dalam Proton. – MalaysiaGazette