BRITAIN – Polis United Kingdom berkata, sejumlah heroin ditemui di dalam pesawat yang dalam penerbangan ke London dari Pakistan.

Dadah itu ditemui Isnin lalu tetapi setakat ini tiada tangkapan.

Pesawat itu telah ‘ditahan’ sebaik sahaja tiba di Lapangan Heathrow bagi menjalankan pemeriksaan selama beberapa jam.

Pasport anak-anak kapal dirampas sementara.

Media Pakistan melaporkan pesawat PIA itu berlepas dari Islamabad.

Mereka berkata, pihak narkotik telah menemui dadah di sekitar dalam pesawat.

Pesawat itu kini sudah bersedia berlepas balik ke Pakistan dengan krew baru.

Agensi Jenayah Kebangsaan di United Kingdom berkata tiada tangkapan dibuat tetapi siasatan masih dijalankan. – MalaysiaGazette