KUALA LUMPUR – Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengeluarkan advisori pengguna berhubung isu kerosakan inflator beg udara Takata yang menyebabkan beberapa model kenderaan terpaksa dipanggil semula.

Menurut badan tersebut, para pemilik kenderaan yang terlibat tetapi masih belum menukar inflator beg udara masing-masing perlu menghubungi para pengedar kenderaan tersebut dengan segera.

Tambahnya, pemilik kenderaan terlibat layak untuk menerima servis membaiki percuma.

MAA turut menyediakan senarai penuh model-model yang dipanggil semula di bawah syarikat-syarikat yang menjadi ahlinya.

1.Bermaz Motor Trading Sdn Bhd.

Talian tol percuma 1800 22 8080

Laman web: http://mazda.com.my/Community/takata-announcement.aspx?check=community

Model yang terlibat adalah Mazda2 (DE) 2010-2014; BT-50 (UN) 2004-2011; CX-9 (TB) 2007-2012. Mazda6 (GH) 2007-2009; Mazda6 (GG) 2003-2007; RX-8 (FE) 2008-2011 and CX-7 (ER) 2006.

2.Edaran Tan Chong MotorSdn Bhd.

Talian bebas tol: 1800-88-3838

Laman web: http://servicecampaign.nissan.com.my/
Model yang terlibat: Sentra N16 (Jun 2000-Dis 2012); X-Trail T30 (Mei 2002-is  2012); Liberty M12 (2003); Teana J31 (Ogos-Sept 2004) and Frontier D22 (Julai 2004 – Dis 2012), Grand Livina L10 (Julai 2007 – Okt 2013); Navara D40 (2007-2014);  Latio C11 (Jun 2007-Okt 2014), X-Gear L10 (Nov 2010-Okt 2013).

3.Honda Malaysia Sdn Bhd.

Talian tol percuma:1-800-88-2020

Laman web:https://productrecall.honda.com.my/

Model yang terlibat: Accord (Year Model 2003–2012); City (Year Model 2003–2013); Civic ( 2001–2011); Civic Hybrid (2003 & 2007–2012).

Model lain: CR-V (2002–2011 & 2013); Freed (2009–2012); Insight (2011–2013); Jazz (2003-2007 & 2009-2013) ; Jazz Hybrid (2012-2013); Odyssey (2004-2008); Stream (2003-2005 & 2007-2013); Civic Type R (2007-2008 & 2010).

4.Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd.

Talian bebas tol: 1800-18-6611

Laman web:  http://mitsubishi-motors.com.my/field-fix-campaign

Model yang terlibat: Lancer (2004 – 2006) and Triton (2006 – 2014).

5.TC Subaru Sdn Bhd.

Nombor untuk dihubungi:03-79526116

Laman web: http://www.subaru.asia/my/en/owners/aftersales/?pg=recall

Model-model terlibat: Impreza/WRX (2004-2011); Legacy/Outback (2010-2014) dan Forester (2009-2012).

6.UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Nombor untuk dihubungi: 1800-8-TOYOTA (869682)

Laman web:  https://toyota.com.my/aftersales-services/special-service-campaigns

Model yang terlibat: (2008 – 2012); Camry  (2002 – 2005); Corolla Altis (2001 – 2012); Vios  (2003 –  2012); Yards  (2005 – 2012) dan RAV4  (2003 – 2005).–MalaysiaGazette