Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Ibu mertua Menteri Besar (MB) Selangor, Siti Rahmah Ismail meninggal dunia di Hospital Gleanegles Ampang petang tadi.

Setiausaha Politik Kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Shuhaimie Shafiei berkata, jenazah dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang bagi tujuan pengurusan jenazah.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Hulu Kelang malam ini.

“Didoakan semoga Almarhumah Hajjah Siti Rahmah Binti Ismail dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT serta mendapat husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast