Polis masih berusaha mengesan mayat bayi lelaki yang ditanam seorang lelaki di kawasan tanah perkuburan di Bagan Dalam, dekat sini dalam kejadian awal pagi Jumaat.
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut akibat kecederaan parah di kepalanya selepas ditimpa runtuhan dinding rumahnya yang dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Mesra 2, Kampung Pasir Putih dekat Pasir Gudang di sini, hari ini.

Nurul Ain Farisha Md Zainuddin disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI), kira-kira sejam selepas kejadian 8.30 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian berlaku semasa mangsa sedang baring di ruang tamu rumahnya manakala ibunya ke pintu hadapan untuk menghantar suaminya bekerja.

“Ketika itu, ibu mangsa melihat sebuah kereta Hyundai Matrix memasuki kawasan rumahnya dan secara tiba-tiba kenderaan pelbagai guna (MPV) itu meluru lalu melanggar motosikal suaminya dan dinding rumah itu,” katanya.

Akibat rempuhan itu, serpihan batu dinding rumah menimpa badan Nurul Ain Farisha.

Beliau berkata bayi perempuan itu dibawa ke HSI oleh bapanya dan disahkan meninggal dunia kira-kira 9.45 pagi akibat kecederaan serius di bahagian kepala.

Dzulkhairi berkata pemandu wanita berkenaan dipercayai tertekan padel minyak sistem automatik kereta itu sebelum sempat menukar gear undur.

Pemandu berumur 40 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast