Felda Investment Coproration

PUTRAJAYA – Pengarah Felda Investment Corporation (FIC) dan dua bekas ahli lembaga pengarah syarikat itu hadir hari ini di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dipercayai untuk memberi keterangan berhubung pembelian hotel di London.

Ketiga-tiga mereka tiba di bangunan SPRM itu secara berasingan sejak 9 pagi hari ini.

Menurut sumber SPRM, pengarah syarikat itu meninggalkan pejabat SPRM kira-kira 1 tengah hari selepas memberi keterangan hampir empat jam.

Dua bekas ahli lembaga pengarah FIC itu pula meninggalkan pejabat SPRM pada kira-kira pukul 3 petang, kata sumber berkenaan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast