Dinesh dan Tarakeshwari Rathod. foto Agensi

DELHI – Dua pegawai polis dipecat selepas siasatan mendapati tuntutan mereka sebagai pasangan India pertama mendaki Gunung Everest adalah palsu.

Dinesh dan Tarakeshwari Rathod mendakwa berjaya mencapai puncak 8,850 meter (29,035 kaki) pada tahun lalu.

Bagaimanapun polis di Maharashtra mengesahkan pasangan itu melakukan penipuan pada gambar yang menunjukkan kejayaan pendakian pada 23 Mei lalu.

Siasatan itu dilancarkan selepas tuntutan pasangan itu disoal oleh para pendaki.

Pesuruhjaya, Sahebrao Patil memberitahu, pasangan itu telah ‘berkongsi maklumat yang mengelirukan’ dan ‘membawa bencana kepada Jabatan Polis Maharashtra’.

Namun setakat ini tidak jelas jika pasangan itu juga akan menghadapi pertuduhan.

Pihak berkuasa Nepal juga mengenakan larangan mendaki gunung selama 10 tahun pada tahun lalu kepada pasangan itu setelah mendapati mereka membuat tuntutan palsu.

Jabatan Pelancongan Negara pada mulanya mengesahkan pendakian mereka tetapi membatalkan keputusan itu selepas menjalankan siasatan.

Rathod dan isterinya pada mulanya memberitahu wartawan bahawa gambar mereka itu adalah asli tetapi pendaki yang berpusat di bandar India selatan Bangalore, Satyarup Sidhantha, kemudian memberitahu media bahawa gambar-gambar yang dikemukakan oleh pasangan itu sebagai bukti pendakian mereka sebenarnya milik beliau.

Wasangka itu berlaku kerana wujud jurang masa antara hari yang pasangan itu mendakwa telah mencapai kemuncak dengan sidang akhbar pengumuman pencapaian mereka.

Pasangan itu tidak mungkin dapat tiba puncak itu dengan cepat selepas mereka baharu sahaja dilihat tiba di pangkalan dan gambar-gambar yang ditunjukkan menunjukkan mereka dalam dua set pakaian yang berbeza semasa mendaki.

Kebanyakan pendaki yang telah berjaya memanjat gunung setinggi 8,848 meter (29,029 kaki) mempunyai kerjaya yang lumayan sebagai penceramah dan penulis motivasi. – MalaysiaGazette