Home Dunia Korea Selatan sedia bertindak ekoran provokasi Pyongyang

Korea Selatan sedia bertindak ekoran provokasi Pyongyang

SEOUL – Kenyataan Korea Utara berhubung serangan wilayah Amerika Syarikat di Guam merupakan satu cabaran terhadap Seoul dan sekutu-sekutu Amerika Syarikat.

Jurucakap Ketua Kakitangan Tentera Korea Selatan, Roh Jae-cheon dalam taklimat media berkata, Korea Selatan bersedia bertindak segera terhadap mana-mana provokasi Pyongyang walaupun tentera tidak melihat apa-apa tindakan luar biasa atau provokasi Korea Utara.

Korea Utara menolak amaran Donald Trump bahawa ia akan menghadapi “kebakaran dan kemarahan” jika ia mengancam Amerika Syarikat dan merancang untuk serangan peluru berpandu di wilayah Pasifik Guam. – MalaysiaGazette