Kanak-kanak perempuan dan kaum wanita terpaksa membuang air di kawasan terbuka di wilayah Ghaziabad kerana tidak mempunyai kemudahan tandas di kediaman mereka, foto Hindustan Times

DELHI – Mahkamah membenarkan seorang wanita menceraikan isterinya selepas gagal menyediakan tandas di kediaman mereka.

Wanita yang berusia 20-an itu telah berkahwin sejak lima tahun lalu mendakwa dia terpaksa membuang air selama ini di kawasan lapang berhampiran.

Undang-undang India hanya membenarkan perceraian dalam keadaan terhad seperti keganasan rumah tangga atau terbukti berlaku kekejaman.

Peguam wanita itu memberitahu, hakim berkata, pengalaman yang dilalui oleh wanita itu adalah satu bentuk penyeksaan.

Mahkamah memberitahu, kaum wanita sering terpaksa menunggu sehingga hari gelap untuk membuang air di ladang terbuka berbanding menggunakan tandas.

Dalam penghakiman kes itu, mahkamah berkata: ” Kita berbelanja untuk membeli rokok, arak dan telefon bimbut tetapi tidak mahu membina tandas bagi melindungi maruah keluarga”.

“Di kampung-kampung, kaum wanita terpaksa menunggu sehingga matahari terbenam untuk membuang air. Ini bukan sahaja kekejaman fizikal tetapi juga melampaui kesederhanaan seorang wanita”.

Media India berkata, wanita itu telah memfailkan perceraian pada tahun 2015.

Aktiviti membuang air di kawasan terbuka adalah satu kebiasaan di luar bandar India, lantaran itu kerajaan telah menetapkan setiap isi rumah perlu memiliki tandas sendiri pada tahun 2019.

Keselamatan dan ketidakselesaan kaum wanita adalah sebab utama penetapan itu dilakukan memandangkan wanita terpaksa melakukan perjalanan ke ladang semasa waktu gelap.

Walaupun tandas telah dibina, ramai juga yang tidak menggunakannya, walaupun penyebaran penyakit yang berkaitan dengan najis menular.

Tahun lepas, Unicef ​​menganggarkan kira-kira separuh penduduk India tidak menggunakan tandas.- MalaysiaGazette