Home Dunia Tiada jaminan gangguan bekalan elektrik Taiwan selesai

Tiada jaminan gangguan bekalan elektrik Taiwan selesai

Gangguan bekalan elektrik di Taiwan minggu lalu menjejaskan 7 juta isi rumah dan premis perniagaan. foto rt.com

TAIPEI – Kerajaan Taiwan berusaha untuk mengurangkan gangguan bekalan elektrik tetapi tidak dapat memberi jaminan masalah itu tidak berulang lagi.

Kerajaan itu berada di bawah tekanan yang semakin meningkat selepas kegagalan operasi jana kuasa besar pada minggu lalu yang menjejaskan bekalan elektrik di premis-premis perniagaan dan kediaman.

Maslaah itu meningkatkan kebimbangan mengenai kelestarian bekalan kuasa di pulau yang menjadi hab teknologi dan pembekal kepada nama-nama global seperti Apple Inc.

“Kita harus meminimumkan kebarangkalian, tetapi kita tidak boleh memberikan 100 peratus jaminan bahawa ia tidak akan berlaku lagi,” kata Perdana Menteri Taiwan, Lin Chuan sebagai tindak balas kepada soalan-soalan dalam badan perundangan.

Gangguan bekalan itu membayangi rancangan pemimpin untuk bebas nuklear

“Ia boleh berlaku, tetapi Taiwan tidak mempunyai masalah kekurangan kuasa,” tambah beliau.

Gangguan bekalan elektrik pada minggu lalu menjejaskan 7 juta isi rumah disebabkan masalah struktur dan kesilapan manusia. – MalaysiaGazette