Gauri Lankesh

BANGLORE – Wartawan India yang kritikal terhadap politik nasionalis Hindu telah ditembak mati di luar kediamannya di sini.

Gauri Lankesh, 55, ditemui terbaring dengan kesan tembakan di kepala dan dada selepas dipercayai ditembak oleh lelaki bersenjata yang datang dengan menaiki motosikal.

Wartawan di India semakin menjadi sasaran kumpulan radikal Hindu, kata aktivis.

Lankesh yang bertugas sebagai penyunting akhbar mingguan, turut dikenali kerana keberanian dan kelantangannya.

Tahun lepas, dia disabitkan dalam kes fitnah dalam salah satu artikelnya. Dia merayu terhadap keputusan itu.

Mangsa dikatakan baru pulang ke rumahnya pada malam tadi dan membuka pintu apabila penyerang menembaknya, kata polis. Dia mati di tempat kejadian.

Pegawai berkata, mereka mengesyaki dia telah di bawah pengawasan oleh lelaki bersenjata.

Cara kematiannya Lankesh dikutuk secara meluas dengan ketua menteri negeri Karnataka, Siddaramaiah menyifatkan kejadian itu sebagai “pembunuhan terhadap demokrasi”.

Kumpulan pemerhati, Reporters Without Borders mengatakan wartawan nasionalis radikal telah mensasarkan penulis lain, dengan kempen fitnah Online dan ancaman balas fizikal.

“Dengan nasionalis Hindu cuba membersihkan semua manifestasi pemikiran ‘anti-nasional’ daripada perdebatan nasional, tapisan sendiri berkembang di media arus perdana,” kata kumpulan itu.

India berada pada kedudukan ke-136 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2017. – MalaysiaGazette