Pengasas Nutri M, Sharifah Norita Syed Abdullah

KUALA LUMPUR – Ketika ini, selain masalah kulit muka, masalah keguguran rambut yang membawa kepada botak dan uban ibarat menjadi fenomena ramai.

Rambut yang umpama mahkota diri tidak kira buat kaum  lelaki atau wanita kini sering berdepan pelbagai masalah kekerapan membasuh atau mewarna rambut menggunakan syampu mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan folikel dan proses pertumbuhan rambut.

Selain dari itu, kurangnya kesedaran bahawa rambut juga memerlukan nutrisi bagi mengelak kulit kepala menjadi panas dan kering.

Pada masyarakat, untuk merawat masalah ini biasanya memerlukan belanja yang besar serta memakan masa yang agak lama.

Tapi sebenarnya tanggapan itu salah. Syampu keluaran Ilham Nutri Enterprise yang berasaskan herba iaitu Nutri M Anti Hairloss Regimen dan Nutri M Black Shampoo dilihat mampu menjadi penyelesaian kepada masalah rambut pada hari ini.

 

Pengasasnya, Sharifah Norita Syed Abdullah berkata, Nutri M Anti Hair Loss Regimen diperkaya dengan pati bunga saffron dan daun pudina yang menyejukkan kulit kepala serta mampu merawat, mengelak dan seterusnya mengatasi masalah keguguran rambut, botak pra-matang dan rambut semakin menipis yang membimbangkan dengan cepat dan berkesan.

Jelasnya, syampu tersebut turut mengandungi akar ginseng, pati hali dan minyak kelapa berfungsi untuk mempercepatkan proses pertumbuhan rambut dan boleh digunakan setiap kali selepas mencuci rambut.

“Cara penggunaanya ringkas sahaja dan seperti syampu rambut biasa serta ia boleh digunakan setiap hari atau setiap dua hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik, setanding hasil rawatan rambut professional.

“Selepas syampu, pengguna boleh memakai tonik yang berfungsi menguatkan akar rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

“Ia boleh diguna setiap hari di tempat bermasalah di kulit kepala yang botak yang atau masalah gugur,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Nutri M Anti Hairloss Regimen dijual pada harga promosi RM49 dan Nutri M Black Shampoo pula pada harga RM59 .

Wanita berusia 50 tahun itu berkata, bagi yang mempunyai masalah uban, penyelesaiannya hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit dan semudah rutin cucian biasa sahaja dengan menggunakan Nutri M Black Shampoo.

Jelasnya, herba-herba di dalam rumusan Nutri M Black Shampoo sebenarnya telah digunakan sejak sekian lama oleh nenek moyang untuk mengurang atau menghilangkan uban di kepala, di samping memastikan supaya rambut sentiasa sihat dan kuat.

“Antara herba-herba tradisional yang digunakan dalam penghasilan produk ini antaranya ialah minyak kelapa, kayu beluru yang juga dikenali sebagai sintok dan daun Urang Aring berfungsi sebagai agen penghitam rambut.

“Selain itu, kandungan lain adalah Sea Bilberry yang memberi protien pada rambut dan Guar Gum yang berupaya melebatkan rambut.

“Semua herba yang digunakan dalam syampu ini menyerap air dan tiada masalah untuk berwuduk bagi pengguna beragama Islam,” katanya.

Sharifah Norita menambah, bahan-bahan yang terdapat dalam produk Nutri M telah diluluskan oleh Biro Farmasi Kebangsaan dan disahkan bebas oleh Jabatan Kimia negara.

Oleh itu katanya, pengguna-pengguna Muslim terutamanya tidak perlu risau tentang syampu ini kerana kandungannya 100 peratus herba, bukan pewarna, telap air serta bersih sifatnya dan boleh digunakan tanpa ragu-ragu.

Ketika ini, Nutri M Anti Hairloss Regimen dijual pada harga promosi RM49 dan Nutri M Black Shampoo pula pada harga RM59 manakala set kombo kedua produk itu berharga RM100.

Bagi yang berminat untuk mencuba, anda oleh menghubungi talian 019 664 7254 atau 011 365 02382.

Produk Nutri M juga boleh di dapati di seluruh negara menerusi ejennya seramai 50 orang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast