Zahiran MacWilson.

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai siapakah aktres yang bakal menggantikan menggantikan Fathia Latiff yang digugurkan dalam drama La Luna terjawab apabila pelakon Zahirah MacWilson dipilih untuk melakonkan watak berkenaan.

Keputusan tersebut disahkan sendiri oleh penerbit TenView Sdn. Bhd., Norazah Sahud yang memberitahu, pemilihan pelakon wanita itu adalah atas persetujuan pihak produksi dan disokong oleh stesen RTM.

“Ya, watak Luna yang sebelum ini dilakonkan oleh Fathia Latiff digantikan oleh Zahirah MacWilson.

“Kami berharap agar penggambaran drama ini akan berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” jawabnya memetik laporan mStar Online.

Fathia Latif

Terdahulu, Fathia Latiff selaku pelakon utama drama tersebut telah digugurkan gara-gara aktres itu didakwa mempunyai masalah disiplin.

Malah, penggambaran babak yang membabitkan Fathia akan dirakamkan semula.

Selain Zahirah, drama Liza Ismail itu turut dibintangi oleh Azrel Ismail, Afiq Muiz dan Alisya Sandha. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast