Home Dunia “Hanya ada satu perkara boleh jalan” – Trump

“Hanya ada satu perkara boleh jalan” – Trump

Kim Jong-un dan Donald Trump

WASHINGTON – “Hanya satu perkara boleh jalan” kata Presiden Donald Trump yang merujuk usaha dalam menangani Korea Utara selepas perbincangan beberapa tahun dengan Pyongyang gagal.

Dalam Twitternya, Trump berkata:”Beberapa presiden dan pentadbiran mereka telah berbincang dengan Korea Utara sejak 25 tahun”.

Trump bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut.

Kedua-dua negara telah terlibat dalam retorik panas berhubung aktiviti nuklear Korea Utara dengan Amerika Syarikat mendesak supaya aktiviti itu dihentikan.

Pyongyang baru-baru ini berjaya menguji bom hidrogen jarak jauh.

Trump pula sebelum ini memberi amaran bahawa negara itu boleh memusnahkan Korea Utara jika perlu untuk melindungi kepentingan dan sekutu-sekutunya.

Minggu lalu, Setiausaha Amerika Syarikat, Rex Tillerson telah berhubung terus dengan Pyongyang dalam usaha mengurangkan ketegangan antara kedua-dua negara.

Trump dalam Tweetnya berkata: “Jimat tenaga Rex, kita lakukan apa yang perlu dibuat”. – MalaysiaGazette