Home Nasional Perluaskan program ‘tagging’ di klinik, hospital swasta

Perluaskan program ‘tagging’ di klinik, hospital swasta

KUALA LUMPUR – Program ‘tagging’ yang akan diperkenalkan kepada graduan perubatan dicadangkan diperluskan kepada klinik dan hospital kerajaan.

Ini kerana program latihan perubatan di hospital kerajaan itu adalah satu cadangan yang baik kerana ia boleh mengurangkan masalah pengangguran.

Selain itu program berkenaan juga boleh menyediakan tempat kerja yang terhad kepada doktor-doktor pelatih, kata Presiden Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail.

“Langkah itu juga dapat mengurangkan pembaziran profesion serta mendedahkan penuntut perubatan kepada pekerjaan,” katanya kepada MalaysiaGazette

Tambah beliau, penuntut-penuntut itu juga dicadangkan supaya diberi elaun sebanyak RM800 dengan tempoh minimum sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga mereka mendapat peluang pekerjaan.

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan berkata, graduan perubatan yang sedang menunggu pengesahan untuk mengikuti latihan perubatan di hospital boleh menyertai dahulu program ‘tagging’ yang akan diperkenalkan bermula pada tahun hadapan.

Program baharu itu berkonsepkan pemerhatian iaitu graduan berpeluang mengikuti doktor bertugas dan memerhatikan cara doktor itu mengendalikan pesakit.

Setiap tahun terdapat 5,000 graduan perubatan baharu perlu menjalani latihan. – MalaysiaGazette