SEOUL – Pelakon popular Korea, Kim Joo-hyuk terbunuh dalam kemalangan jalan raya, menurut Yonhap.

Kereta Mercedes milik pelakon itu didakwa berpusing dan terbakar selepas terlibat dalam kemalangan pada pukul 4.30 petang di Gangnam.

Kenderaan SUV milik Joo-hyuk dikatakan bertembung dengan sebuah kereta Hyundai Grandeur dan kemudian merempuh sebuah dinding bangunan.

Bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran.

Beliau dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia sebaik sahaja tiba.

Joo-hyuk, 45, mula berlakon pada tahun 1998 dan drama terbaharunya ialah Confidential Assignment dan The Tooth and the Nail.

Beliau dikenali dengan wataknya dalam Lovers in Prague (2005) dan The Legendary Doctor – Hur Jun (2013). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.