Gambar hiasan

MUMBAI – Mahkamah di India pada Khamis lalu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada dua adik beradik lelaki kerana kesalahan merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Mahkamah di sebuah wilayah Barat laut Chandigarh itu turut mendenda setiap tertuduh sebanyak 350,000 rupees (RM22,913).

“Ini adalah hukuman setimpal terhadap jenayah kejam yang dilakukan mereka, ” kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak India, Sangita Vardhan.

Sangita bertanggungjawab memberi sesi kaunseling kepada mangsa kejadian untuk meneruskan kehidupan bersama ahli keluarganya.

“Pendakwaan hukuman pantas terhadap kes ini disokong bagi menangani ia berulang di India,” katanya kepada Yayasan Thomson Reuters.

Kanak-kanak malang itu didapai mengandung 30 minggu pada Julai lalu ketika mahkamah menolak rayuannya untuk menggugurkan anak dalam kandungannya.

Undang-undang di India tidak membenarkan mana-mana warganegaranya menggugurkan kandungannya selepas 20 minggu kecuali nyawa ibu dalam risiko bahaya.

Kanak-kanak malang itu tidak tahu apa erti hamil dan semasa rawatan bersalin Ogos lalu kedua ibu bapanya terpaksa membohonginya yang dia perlu dibedah bagi mengeluarkan batu karang dari perutnya.

Kini bayi yang dilahirkan itu dibuka untuk dijadikan anak angkat di sebuah rumah kebajikan.

Identiti kanak-kanak itu dirahsiakan dan dimaklumkan kepada polis bahawa dia telah dirogol beberapa kali oleh bapa saudaranya.

Pada tahun 2015 sahaja sebanyak 10,854 kes rogol melibatkan kanak-kanak dilaporkan di India menurut, Biro Rekod Jenayah Kebangsaan India.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast