Kapten JDT, Safiq Rahim dan Jurulatih JDT, Ulisses Manuel Noguera Morais membawa Piala Malaysia ketika meraikan kejayaan mereka selepas menjuarai Piala Malaysia dengan menewaskan Kedah 2-0 pada Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto SAFWAN MANSOR, 04 NOVEMBER 2017

SHAH ALAM – Kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shafiq Rahim teruja beliau dalam melengkapkan koleksi trofi dalam karier peribadinya.

Walaupun dia menempah kejayaan dalam segala kejohanan dalam liga domestik seperti Piala FA, Liga Super namun ketiadaan Piala Malaysia merupakan satu kekurangan sebelum ini.

“Saya boleh katakan ini merupakan sejarah untuk JDT dan diri saya sendiri yang menjadi impian selama ini.

“Saya gembira sudah menang segala koleksi trofi peringkat domestik selain bersama sejarah kelab julung kali menang piala tersebut,”

“Banyak pahit dan manis, kalah seri yang diharungi kami sehingga semua menggap negatif terhadap keupayaan pasukan kami musim ini.

“Bagaimanapun kami berjaya bangkit sebagai keluarga dengan semangat berpasukan dan membuktikannya dengan menjulang piala malam ini,” katanya kepada pemberita selepas kemenangan 2-0 ke atas Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.

 

Ditanya mengenai kemenangan itu, Shafiq berkata: “Kami pasukan terbaik dan layak bergelar juara Piala Malaysia.

“Kami sudah tahu watak masing-masing di atas padang dan melaksanakan tugasnya dengan cemerlang seperti dikehendaki pengurus dan pemilik JDT.

“Saya cuma berharap semangat dan kejayaan ini tidak terhenti di sini dan diteruskan momentumnya ke musim akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette