LAHORE – Mahkamah tempatan di Lahore menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RD200,000 (RM8,055) ke atas seorang lelaki kerana didapati bersalah, berkahwin kali ketiga.

Lelaki tersebut, Shazada Saqib Sohail juga dilaporkan menipu isteri ketiganya, Ayesha Khalil yang mengatakan dirinya sebagai bujang sebelum perkahwinan mereka.

Memetik laporan The Nation, Ayesha membuat aduan kepada pihak berkuasa setelah mendapati dirinya ditipu dengan status bujang tersebut, selain mendakwa dirinya dikasar dan dipukul oleh Shazada.

Dalam perkembangan sama, Ayesha memohon mahkamah mengisytiharkan perkahwinannya dengan Shazada sebagai tidak sah kerana melanggar Undang-undang Keluarga Muslim 1961 negara itu.

Di bawah undang-undang tersebut, poligami merupakan satu bentuk pelanggaran hak kecuali suami telah mendapatkan keizinan daripada pihak isteri.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.