Kamal Hassan dan Rajinikath

KUALA LUMPUR – Dengan membeli tiket berharga hanya RM10, orang ramai berpeluang bertemu bintang filem India, Rajinikanth dan Kamal Hassan dalam satu program khas yang menghimpunkan artis-artis terkenal dari negara berkenaan.

Program dikenali sebagai ‘Natchathira Vizha 2018’ itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 6 Jan tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyEvents International, Shahul Hameed Dawood berkata harga tiket yang rendah antara RM10 dan RM30 itu adalah bagi memberi peluang kepada peminat di negara ini, hadir ke majlis bakal menghimpunkan lebih 300 artis terkemuka dari India Selatan itu melibatkan pelakon, penyanyi dan pengarah muzik filem Tamil, selain penglibatan artis India tempatan.

“Nachathira Vizha 2018 merupakan pesta artis yang menampilkan persembahan nyanyian, tarian serta perlawanan kriket dan bola sepak oleh artis India serta artis tempatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan lebih 30,000 peminat tanah air akan hadir memeriahkan acara tersebut.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.