PULAU PINANG – Tanah runtuh yang berlaku akibat hujan lebat berterusan menyebabkan laluan ke Bukit Bendera terputus dan 35 pelancong terkandas.
Polis bagaimanapun akan membantu menyelamat pelancong tempatan terbabit termasuk tiga keluarga yang terkandas di Bukit Bendera sejak Sabtu lalu berikutan tanah runtuh dan pokok tumbang.
Ketua Polis Daerah Timur Laur, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kerja menyelamat itu akan dilakukan segera menggunakan laluan mendaki selepas kawasan tersebut terputus hubungan jalan raya.
“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan membuat pemantauan menggunakan helikopter bagi menghulurkan bantuan sekiranya misi tersebut gagal,” katanya. – MalaysiaGazette