Home Dunia 38 anggota Daesh dihukum gantung

38 anggota Daesh dihukum gantung

Beberapa suspek ditahan kerana terlibat dengan kegiatan Daesh.- gambar hiasan

BAGHDAD – Seramai 38 orang militan Daesh berhadapan dengan hukuman gantung atas pertuduhan keganasan, kata Kementerian Kehakiman Iraq.

Menterinya Hassan al Shimari sebagai berkata, hukuman gantung beramai-ramai itu dilakukan di sebuah penjara di bandar Nassiriya, selatan Iraq selepas menolak semua rayuan yang dikemukakan.

Pada 24 September lalu, pihak berkuasa Iraq menjatuhkan hukuman bunuh ke atas 42 anggota militan atas beberapa tuduhan keganasan membabitkan pembunuhan pegawai keselamatan dan melakukan serangan bom nekad. -MalaysiaGazette