Home Ekonomi Malaysia sertai kumpulan perdagangan elektronik global

Malaysia sertai kumpulan perdagangan elektronik global

MIT

KUALA LUMPUR – Malaysia menyertai 69 lagi anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengukuhkan ikrar untuk mencipta dagangan dan pembangunan inklusif dalam perdagangan elektronik global.

Negara-negara lain yang menyokong inisiatif itu adalah Albania, Argentina, Australia, Bahrain, Brazil, Brunei, Kemboja, Kanada, Chile, Colombia, Costa Rica, Kesatuan Eropah, Guatemala, Hong Kong, China, Iceland, Israel, Jepun, Kazakhstan, Korea, Kuwait, Lao, Liechtenstein, Macedonia, Mexico, Moldova, Montenegro, Myanmar, New Zealand, Nigeria, Norway, Panama, Paraguay, Peru, Qatar, Rusia, Singapura, Switzerland, Taiwan, Penghu, Kinmen and Matsu, Turki, Ukraine, Amerika Syarikat dan Uruguay.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kumpulan ini akan memulakan kerja-kerja penerokaan terhadap rundingan berkaitan perdagangan elektronik WTO pada masa hadapan.

Mesyuarat pertama dijangka bermula pada suku pertama 2018.

“Perdagangan elektronik akan mengurangkan halangan untuk memulakan dan mengendalikan perniagaan terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.- MalaysiaGazette